
Masalah kasut berbau sememangnya perkara biasa. Tambahan kalau kasut tersebut dipakai dalam tempoh yang lama dalam satu hari, ia memang akan menghasilkan satu bau yang tidak menyenangkan.
Advertisement
Selain itu, masalah kasut berbau juga berpunca dari kaki individu yang sering berpeluh. Disebabkan itu, kasut perlu sentiasa dibasuh. Jangan biarkan ia terus berbau kepam. Kalau segan nak buka kasut depan orang, pastikan korang cuba dulu tips ini :
- Nak bau kasut hilang dengan cepat,Mudah saja.
- Ambil 3 uncang teh yang sudah digunakan
- Letak dalam kasut yang berbau
- Biar satu malam
- Tunggu apa hasilnya pada keesokan hari
Fungsi uncang teh adalah untuk menghilangkan bakteria yang menjadi penyebab bau busuk . Jadi, kalau korang sedang hadapi masalah ini, boleh cuba buat tips mudah dan berkesan ini okay.
sumber : AbangTerlajakLaris