Skip to main content

Advertisement

Berita

26 Jemaah Haji Visa Furada Akan Diterbangkan Semula Ke Tanah Air

26 jemaah haji visa furada akan diterbangkan semula ke tanah air

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum waktu kemuncak haji tiba. Jemaah haji di seluruh dunia sudah mula membanjiri Tanah Suci.

Advertisement

Dalam keterujaan para jemaah untuk mengerjakan ibadat Rukun Islam yang kelima ini, terdapat segelintir yang tidak bernasib baik apabila visa mereka telah dinafikan oleh pihak kerajaan Arab Saudi.

Seramai 26 orang rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah semenjak 7 pagi.

Perkara tersebut terjadi selepas visa haji furada mereka mempunyai masalah teknikal. Walau bagaimanapun, ke semua daripada mereka dijaga sebaiknya oleh pihak petugas Tabung Haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata biarpun jemaah tersebut tidak pergi melalui Tabung Haji namun kebajikan mereka tetap dijaga oleh mereka.

Kumpulan  itu turut dihantar pulang ke Malaysia selepas segala proses diperlukan kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Astro Awani



 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda