Lembah Klang merupakan salah satu daripada kawasan di Malaysia yang telah mengalami pembangunan yang pesat dan mempunyai ketumpatan penduduk yang tinggi. Justeru, adalah sangat jarang untuk gangguan atau masalah teknikal berskala besar berlaku kerana perkembangan bekalan elektrik sentiasa dipantau rapi oleh pihak bertanggungjawab.

Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila warga kota mula mengalami kejadian 'blackout' secara besar-besaran bermula dari jam 12 tengah hari. Gangguan bekalan elektrik tersebut bukan sahaja mengakibatkan kesukaran bagi mereka yang bekerja di pejabat malahan fasiliti besar seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Terminal Bandar Tasik Selatan.
Advertisement
Lebih menarik, gangguan bekalan elektrik ini bukan sahaja dialami oleh warga kota dan penduduk Lembah Klang. Beberapa portal media tempatan melaporkan bahawa kawasan semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan turut terjejas.

Dalam pada itu, TNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gangguan bekalan elektrik yang berlaku. Difahamkan, berlaku kerosakan di salah sebuah Pencawang Utama di Yong Peng, Johor. Hasilnya, 10% daripada permintaan bekalan di seluruh Malaysia atau 2.2GW telah hilang dalam kejadian kelmarin.
Bekalan elektrik di seluruh Malaysia telah berjaya dipulihkan pada jam 3.02 petang kelmarin.