
Apa kata, anda praktikkan beberapa tips berikut sebagai panduan buat anda:
Advertisement
1) Pastikan kereta anda telah diservis beberapa hari sebelum pulang ke kampung. Pastikan segalanya dalam keadaan baik dan selamat.
2) Rancang perjalanan anda. Pastikan jarak perjalanan destinasi. Tentukan jarak dan perjalanan yang bakal dilalui. Kedudukan stesyen minyak, kawasan rehat dan sebagainya.
3) Terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah, pastikan suis elektrik di rumah anda telah dimatikan.
4) Periksa dapur gas rumah anda. Tanggalkan wayar pada tong gas anda
5) Maklumkan ketiadaan anda di rumah kepada jiran-jiran anda yang tidak pulang ke kampung
6) Seandainya jiran anda turut pulang ke kampung, maklumkan kepada balai polis terdekat agar mereka dapat memantau.
7) Hubungi keluarga anda di kampung yang anda telah memulakan perjalanan.
8) Memulakan perjalanan dengan berdoa. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Berhenti rehat di mana-mana destinasi rehat seandainya anda mengantuk.
8) Pandu cermat. Biar lambat asalkan selamat. Keluarga anda di kampung sedang menanti anda dengan gembira.