Skip to main content

Advertisement

Berita

7 Petua Buat Bawang Goreng ‘Crispy’ Yang Sedap & Tahan Lama

7 PETUA BUAT BAWANG GORENG ‘CRISPY’ YANG SEDAP & TAHAN LAMA

1. CARA KUPAS & HIRIS BAWANG

Semasa mengupas, elakkan bawang itu daripada terkena air. Air akan menyebabkan bawang goreng jadi lembab dan susah nak garing. Jadi, sediakan banyak tisu dapur semasa proses mencuci dan menghiris bawang. Selesai kupas kulitnya, lapkan bawang dengan tisu. Bila dah kering, barulah bawang dihiris halus.

Letakkan tisu dapur di bawah hirisan bawang untuk menyerap lembapan atau jusnya yang terkeluar. Atau, tos dan anginkan bawang di dalam dulang selama beberapa jam supaya ia betul-betul kering.

Advertisement

cara buat bawang goreng

2. TABURKAN SEDIKIT GARAM

Selain untuk menaikkan rasa bawang goreng, sedikit garam yang ditabur dipercayai dapat mengekalkan kegaringan pada bawang yang digoreng.

Agak-agak saja, jangan banyak sangat sampai tenggelam rasa keaslian bawangnya.

7 petua buat bawang goreng ‘crispy’ yang sedap & tahan lama

3. GAULKAN TEPUNG

Seterusnya, gaulkan dengan tepung supaya gorengan akan menjadi lebih rangup. Ada yang suka guna tepung gandum, tepung beras, atau tepung jagung. Setiapnya ada tekstur yang berbeza dan rasa yang unik, jadi terpulanglah nak gunakan yang mana.

Biasanya untuk 1 kg bawang, bolehlah gunakan 1 senduk (5 sudu besar) atau 1  ½ senduk tepung. Perapkan lebih kurang 30 minit sebelum menggoreng.

cara buat bawang goreng

Foto Kredit: indianhealthyrecipes.com

4. GUNA API PERLAHAN / SEDERHANA

Panaskan minyak dalam kuali dan mula menggoreng ketika minyak sudah betul-betul panas. Guna api sederhana atau perlahan saja agar bawang goreng betul-betul masak dengan rangup dan tidak hangus.

7 petua buat bawang goreng ‘crispy’ yang sedap & tahan lama

5. JANGAN SELALU DIKACAU

Semasa menggoreng, elakkan daripada selalu mengacaunya. Ini akan menyebabkan minyak akan terserap dengan banyak dan sekaligus melemaukan bawang.

Biarkan saja sampai nampak ada yang nak garing di tepi, baru di tukar-tukarkan tempat dengan yang masih putih. Tutup api sebaik saja bawang goreng bertukar warna keperangan / golden brown.

7 petua buat bawang goreng ‘crispy’ yang sedap & tahan lama

6. SEJUKKAN & SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA

Macam biasa, bila dah angkat, toskan dan serap minyak lebihan. Ratakan diatas bekas leper seperti dulang yang berlapik tisu dapur. Ratakan nipis-nipis supaya bawang goreng tadi cepat sejuk.

Lepas dah betul-betul sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

7 petua buat bawang goreng ‘crispy’ yang sedap & tahan lama

Foto Kredit: cookpad.com

7. PILIH BAWANG SEGAR

Mengikut petua, seeloknya guna bawang yang bersaiz sederhana untuk mendapatkan hasil bawang goreng yang paling enak. Selain itu, ia bergantung juga kepada kesegaran dan kualiti bawang yang dipilih supaya bawang goreng yang dibuat betul-betul sedap dan crispy.

bawang merah mengurangkan kolesterol

Foto Kredit: jurnaldeoas.ro

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda