Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“Malique seorang guru yang baik…”- Benzooloo Bercerita Bagaimana Malique Membantunya Sebagai Seorang Rapper

Nyalakan, lagu terbaru Benzooloo mendapat sentuhan Malique, Mimifly dan Tripdisz
Editor
23 Apr 2019, 03:18 PM

“malique seorang guru yang baik…”- benzooloo bercerita bagaimana malique membantunya sebagai seorang rapper

Tatkala menyebut nama Malique, semestinya kita akan kembali teringat zaman kegemilangan muzik hip-hop. Lirik-lirik dan nyanyian yang dihasilkan oleh beliau, banyak yang menyentuh hati dan mempunyai mesej yang mendalam. Namun kini, susah untuk kita mengetahui bagaimana susuk tubuh Malique sekarang kerana beliau memilih untuk berada di dalam zon-nya sendiri.

Kehilangan Malique dalam industry hiburan membuatkan munculnya pelbagai spekulasi tentang beliau. Ada pihak yang cuba mencuit dengan harapan Malique akan tercuit dan keluar daripada ‘kehilangannya’. Namun, perkara itu langsung tidak menganggu Malique untuk terus berada di dalam ‘gua’nya sendiri.

Ketika salah seorang anak didiknya yakni Benzooloo hadir ke Zayan, kami sempat menemu bual rapper yang sedang meningkat naik ini. Kami bertanya bagaimana Malique membantu beliau sebagai rapper baru untuk survive dalam dunia hiburan.

“Malique seorang guru yang baik. Dia banyak mengajar saya bagaimana untuk menulis lagu, cara untuk sampaikan mesej dalam lagu dan seharusnya bagaimana penghibur beraksi di khalayak ramai.”

Tidak ramai yang sedar, biarpun Malique hilang dari mata kasar namun karya-karyanya tidak pernah berhenti dan hanya terlihat dari mata hati. Buat masa ini, Malique muncul di dalam industry dengan caranya tersendiri.

Yang terbaru, Malique sekali lagi muncul dalam lagu terbaru nyanyian Benzoolo dan Mimifly bertajuk Nyalakan.

“Lagu Nyalakan adalah lagu yang telah saya hasilkan selepas lagu Terkemuka bersama Zizi Kirana dan Sandra. Kemudian, sekali lagi Malique approach saya untuk menghasilkan single yang seterusnya.’ Cerita Benzooloo akan bagaimana lagu Nyalakan ini boleh terhasil.

Lagu Nyalakan ditulis oleh Malique, Mimifly dan Benzooloo. Gubahan lagu ini mendapat sentuhan Malique sendiri bersama Tripdisz. Benzooloo menceritakan lagu ini berkisarkan setiap manusia itu mempunyai perjuangan yang tersendiri. Dan mesej daripada lagu ini semestinya jangan mudah berputus asa dalam perjuangan masing-masing.

“Malique ada beri saya 3 pilihan penyanyi wanita dan salah satunya adalah Mimi. Saya merasakan Mimi mempunyai aura yang tersendiri jadi, terhasil lah duet ini bersama saya dan juga Mimi.” Kata Benzooloo apabila ditanya bagaimana dia boleh berduet dengan Mimifly.

Selepas dua minggu, video muzik Nyalakan telah mendapat lebih 550 ribu tontonan. Jadi, kepada sesiapa yang mencari semangat untuk meneruskan perjuangan, saksikan video muzik dan hayati lagu Nyalakan ini.  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}