Kepulangan Zii Jia Suntikan Motivasi Skuad Badminton Negara
Datuk Seri Lee Chong Wei sifatkan kepulangan Lee Zii Jia untuk menyarung jersi Malaysia bagi kempen Piala Thomas, April ini sebagai suntikan motivasi buat pasukan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM itu beritahu BH Sukan, beliau berharap Zii Jia mampu capai tahap kecergasan terbaik sebelum kejohanan bermula.
Beliau turut menasihati pemain perseorangan professional itu supaya dapatkan khidmat ISN jika memerlukan bantuan tambahan dalam aspek pemulihan dan persiapan fizikal.
Semalam, Zii Jia mengesahkan kesediaannya membantu Malaysia dalam kempen Piala Thomas tanpa kemukakan sebarang tuntutan kepada BAM.