FnN PAGI ZAYAN menampilkan gandingan baharu yang bakal menceriakan pagi anda bersama FBI (Faizal Ismail) dan Nana Mahazan. Mulakan pagi anda dengan pengisian penuh bermanfaat,setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6 hingga 10 pagi.
ZAYAN 10-3 masih menampilkan Lin Ariffin untuk mengemudi segmen tersebut yang menampilkan pelbagai segmen menarik untuk anda. Gaya hidup sihat, kisah inspirasi, tips rumah tangga, kekeluargaan & banyak lagi semuanya untuk anda.
Jangan lupa temujanji anda di ZAYAN 10-3, setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang.
Anda stress di tempat kerja atau tersekat dalam kesesakan jalan raya? Jangan risau, Anas ada menemani petang anda di Petang ZAYAN X Anas Tahir setiap Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam.
Banyak pengisian menarik, manfaat, sesi karaoke nasyid unplugged, kaunter Anas dan quiz cabaran minda segalanya untuk anda!