Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Daripada Pentas Big Stage Ke Puncak Populariti, Sissy Iman, Wani Kayrie & ALPHA Dedah Rahsia Kejayaan!

Program realiti nyanyian bukan sekadar medan pertandingan, malah mampu menjadi titik permulaan kepada perjalanan seni yang gemilang. Itulah yang dibuktikan menerusi Big Stage, platform pencarian bakat terbitan Astro yang telah melahirkan ramai bintang tempatan dan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa industri hiburan Malaysia.

Seiring perkembangan dunia hiburan yang semakin kompetitif, Astro terus komited membuka ruang kepada bakat-bakat baharu untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka. Menerusi program seperti Big Stage, ramai peserta berjaya mengubah impian menjadi kenyataan dan membina nama dalam industri profesional.

Advertisement

Antara alumni yang berjaya mencipta identiti tersendiri selepas menyertai Big Stage ialah penyanyi dan komposer berbakat, Sissy Iman. Menurut beliau, kekuatan utama program tersebut adalah kebebasan yang diberikan kepada peserta untuk menonjolkan keunikan masing-masing.

 

“Big Stage memberi ruang kepada bakat baharu untuk mencari dan mengukuhkan identiti diri sendiri. Setiap tema mingguan membuka peluang untuk peserta bereksperimen dan berkongsi cerita mengikut sudut pandang mereka sendiri. Apabila seseorang artis berani tampil dengan identiti yang asli, itulah yang membuatkan mereka lebih dekat di hati penonton,” katanya.

Sepanjang penyertaannya, Sissy berjaya mencuri perhatian ramai menerusi persembahan kreatif, konsep unik dan keberanian bereksperimen di atas pentas. Pengalaman tersebut bukan sahaja memperkukuh jenama dirinya, malah membantu membina hubungan yang lebih erat dengan peminat.

Turut mengakui peranan besar Astro dalam perjalanan kariernya ialah Wani Kayrie. Penyanyi muda itu menyifatkan platform tersebut sebagai antara faktor utama yang membentuk dirinya sebagai artis serba boleh hari ini.

 

“Bermula sebagai peserta program realiti, Astro membuka ruang untuk saya memperkenalkan bakat kepada khalayak yang lebih luas. Saya juga diberi peluang menyertai pelbagai program, kolaborasi dan inisiatif yang membantu membina keyakinan, pengalaman serta jenama diri dalam industri muzik,” jelasnya.

Selepas Big Stage, Wani bukan sahaja terus aktif sebagai penyanyi, malah berjaya mengembangkan kerjaya sebagai pengacara televisyen dan personaliti media yang semakin dikenali ramai.

Dalam masa sama, fenomena kumpulan lelaki tempatan juga kembali mendapat perhatian menerusi kejayaan kumpulan ALPHA yang lahir daripada platform Astro. Menurut mereka, Astro memainkan peranan penting dalam membuka semula ruang kepada kebangkitan kumpulan lelaki atau "boy band" tempatan di Malaysia.

 

“Melalui Big Stage Alpha, Astro bukan sahaja menyediakan pentas untuk mencari bakat baharu, tetapi turut membina ekosistem yang membolehkan kami berkembang dari segi pendedahan, pembangunan artis dan hubungan dengan peminat,” ujar mereka.

ALPHA kini dilihat sebagai antara fenomena baharu industri muzik tempatan dengan kekuatan persembahan pentas, harmoni vokal dan karisma berkumpulan yang berjaya menarik perhatian ribuan peminat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Kejayaan alumni-alumni ini membuktikan bahawa Big Stage bukan sekadar program hiburan, tetapi platform pembangunan bakat yang mampu mencorakkan masa depan artis tempatan. Melalui gabungan televisyen, radio dan platform digital, Astro terus menyediakan peluang kepada generasi baharu untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap lebih tinggi.

Lebih menarik, musim terbaharu Big Stage x Rocketfuel bakal kembali menemui penonton menerusi lapan episod bermula 28 Jun 2026, setiap Ahad jam 9 malam di Astro, Astro GO, On Demand dan Sooka.

Dengan kemunculan lebih ramai bakat baharu musim ini, para peminat pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapakah pula bintang seterusnya yang bakal lahir daripada pentas Big Stage.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda