Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lisa BLACKPINK Antara Artis Global Hiasi Persembahan Pembukaan Piala Dunia FIFA 2026

Foto sekadar hiasan

Bintang K-pop terkenal, Lisa BLACKPINK diumumkan sebagai salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada majlis pembukaan Piala Dunia FIFA 2026, yang dijangka menjadi antara acara sukan dan hiburan terbesar di dunia.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino menerusi platform rasminya, yang menyatakan bahawa acara di Los Angeles akan memperlihatkan skala dan kemeriahan kejohanan berkenaan.

Menurut beliau, barisan penghibur yang terlibat di lokasi tersebut turut menampilkan beberapa nama besar antarabangsa seperti Katy Perry, Future, Anitta, Rema dan Tyla.

Difahamkan juga, senarai artis berkenaan masih belum lengkap dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Foto: Instagram

Selain persembahan tersebut, Lisa turut dikatakan sedang terlibat dalam projek lagu tema rasmi Piala Dunia bersama Anitta, Rema serta kumpulan muzik Brazil, Tropkillaz.

Penglibatan Lisa dalam acara ini hadir selepas beliau mencuri perhatian menerusi persembahan solo di Festival Coachella 2026, yang sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai antara artis K-pop dengan pengaruh global yang besar.

Piala Dunia FIFA 2026 akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dengan majlis pembukaan utama dijadualkan berlangsung di Los Angeles serta beberapa segmen persembahan di negara tuan rumah lain.

Sumber: The Korean Times

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda