Skip to main content

Advertisement

Submitted by faizah.chaibou… on

Announcers

Advertisement

Nana Mahazan atau nama penuhnya Nurul Hana binti Che Mahazan, dilahirkan pada 1 Julai 1983 di Muar. Walaupun dilahirkan di Johor, beliau membesar di Kelantan selama kira-kira lapan tahun. Nana dikenali sebagai seorang penyampai radio dan juga hos televisyen yang bertenaga, selain aktif dalam dunia perniagaan melalui syarikatnya Nana Mahazan International Sdn Bhd yang menaungi tiga jenama iaitu Nana Mahazan Beauty, Sisterhood dan Selauknana. Beliau menggemari warna hitam dan sangat menikmati hidangan nasi goreng sardin, manakala pada waktu lapang beliau suka memasak serta melakukan aktiviti hiking. Nana menyifatkan dirinya seorang yang sangat energetic walaupun kadangkala merasakan dirinya terlalu kuat bekerja. Dalam kehidupan peribadi, beliau mempunyai seorang suami mualaf berketurunan Chindian serta dua orang anak, Althea dan Aaqib. Selain itu, beliau juga seorang pencinta kucing dan memiliki seekor kucing baka Sphynx yang unik kerana tidak berbulu. ✨

 

 

Advertisement

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda