Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

traveloka

Ini Cara Yang Betul Dan Menjimatkan Ruang Sekiranya Mahu Packing Barang

Lebih mudah dan jimat ruang
Editor
15 Oct 2021, 11:40 AM

Cara susunan barang di dalam backpack memain peranan penting dalam memberi keselesaan semasa memikul backpack, tau! Bukan mudah ya untuk memikul backpack yang berat dan besar ke hulu ke hilir. Ada ketika, kita perlu berlari mengejar bas atau kereta api. Ada ketika, kita terpaksa menaiki tangga atau menempuhi jalan berbukit. Tak ke susah kalau backpack yang kita pikul itu terlalu berat? Jangan kata nak berlari, nak berjalan pun boleh semput. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips packing barang yang paling berkesan supaya setiap inci ruang di dalam backpack anda dapat digunakan dengan semaksimum boleh dan memberi keselesaan kepada anda walaupun berat.

Jom semak perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan ruang dan mengurangkan rasa beban backpack anda:–

1. Bawa barang yang diperlukan sahaja.

cara paling berkesan untuk packing barang

Kebanyakan traveller gemar membawa barang-barang lebih daripada apa yang mereka perlukan. Kadang-kadang dah buat checklist pun masih lagi terlebih-lebih barang-barang yang ingin dibawa. Kebanyakannya adalah atas dasar ‘just-in-case’, betul tak? Kalau  boleh, cuba bawa barang seminimum yang boleh. Tak perlu fikir jika baju tak cukup, atau kasut tak sesuai.

Cara yang paling berkesan untuk mendisiplinkan diri anda bagi mengelakkan daripada membawa barang-barang yang tidak penting adalah pertama, buat checklist. Checklistpenting untuk anda mengenal pasti barang-barang yang ingin di bawa. Kedua, keluarkan semua barang yang telah anda tulis di dalam checklist anda, tebarkan di atas lantai, go through barang-barang tersebut satu per satu dan tanya diri sendiri jika anda benar-benar memerlukannya. Ulanglah 3-4 round supaya anda betul-betul kenal pasti apa yang diperlukan dan apa yang tidak penting untuk dibawa. Ingat, bawa keperluan, bukan kehendak!

2. Gulungkan pakaian anda.

Cara yang paling berkesan untuk pack pakaian anda adalah dengan cara menggulung, dan bukannya melipat. Ramai yang sudah biasa menggunakan trick ini, tapi masih ramai juga yang tidak tahu tentang keberkesanannya. Secara dasarnya, ini adalah rule of thumb nombor satu yang patut diketahui oleh setiap traveller, tidak kiralah sama ada anda menggunakan luggage atau pun backpack. Cara ini sememangnya sangat menjimatkan ruang di dalam beg anda. Untuk meminimumkan lagi penggunaan ruang, anda boleh cuba untuk menggulung pakaian anda berpasang-pasangan, iaitu baju dan seluar dilapikkan dan digulungkan sekali.

Lagi satu, kalau boleh, bawalah pakaian yang tidak mudah ronyok dan tidak perlu digosok. Untuk kaum hawa yang  bertudung, terutamanya, elakkan daripada membawa tudung yang perlu digosok atau yang leceh untuk dipakai. Anda pasti tahu tudung apa yang selesa pada diri anda sendiri, kan? Tidak payah susah-susah nak gosok nanti. Jimat masa, jimat tenaga.

3. Paketkan semula barang-barang ke dalam bekas-bekas yang kecil.

Satu lagi trick yang sesuai digunakan apabila travel adalah dengan cara re-pack­ barang-barang seperti ubat-ubatan, makanan yang bersesuaian (kicap, sos, perencah makanan dan sebagainya), shampu, sabun dan krim atau losyen ke dalam bekas yang lebih kecil. Bekas-bekas dan botol-botol kecil sangat mudah didapati di kedai-kedai seperti Mr. DIY, Daiso dan Miniso. Di kedai-kedai onlinejuga ada dan kebiasaanya lebih murah. Anda hanya perlu cari sahaja.

Lagi satu, untuk kaum hawa yang ingin membawa barang-barang makeup, cuba dapatkan barang-barang tersebut dalam bentuk travel size. Ada sesetengah outlet suka berikan sampel-sampel percuma kepada pelanggannya. Kumpulkan sampel-sampel tersebut untuk dibawa dan digunakan sewaktu anda travel. Lagi satu tip, bawalah produk yang multi-purpose. Sekarang kan sudah ada macam-macam jenis produk. Makeup pun sudah ada 3-in-one tau. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan lipstick sebagai pemerah pipi dan eye shadowLipstick sangat mudah untuk dibawa travel dan boleh digunakan untuk hasilkan pelbagai makeup style. Jadi, nak senang, bawa sahaja beberapa batang lipstick yang berlainan warna. Tak perlu nak bawa berpalet-palet eyeshadowdan sebagainya.

4. Asingkan barang-barang ke dalam beg plastik mengikut jenis.

cara paling berkesan untuk packing barang

Selepas anda selesai membuat keputusan dan mengeluarkan segala barang-barang yang perlu dibawa, asingkan barang-barang tersebut mengikut jenis. Contohnya:

  • Barang kelengkapan mandi – sabun, pencuci muka, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya
  • Barang-barang elektronik – camera/phone chargeruniversal adapter, kabel dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan dan first aid kit

Setelah itu, masukkan barang-barang yang telah diasingkan itu ke dalam beg kecil (seal plastic storage bag) yang berlainan mengikut jenis. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda akses barang-barang tersebut kerana tidak bersepah dan telah disusun elok-elok mengikut jenis.

5. Gunakan beg plastik kedap udara.

Ini adalah lagi satu trick yang sangat berguna tapi tak ramai yang praktikkan. Selain daripada beg plastik yang disebutkan di atas, anda juga boleh gunakan beg plastik kedap udara untuk membungkus barang-barang anda. Kalau orang yang selalu mendaki gunung mungkin sudah biasa dengan trick ini kerana ianya bukan sahaja mengempiskan saiz simpanan barang, malah juga boleh elakkan barang-barang daripada basah akibat daripada terkena hujan atau saat meredah sungai. Kiranya macam double protectionlah. Untuk pengetahuan anda, beg plastik kedap udara ini bertindak seperti vacuum dengan mengeluarkan segala angin yang ada di dalamnya.

Cara untuk menggunakan beg plastik kedap udara ini adalah pertama sekali, masukkan barang yang ingin anda simpan, seperti baju-baju atau tuala yang telah digulung, ke dalam beg plastik tersebut, tutup atau seal beg plastik dengan meninggalkan sedikit ruang terbuka, kemudian tekan sehingga semua angin dikeluarkan dari dalam beg plastik tersebut sambil tutup beg plastik tersebut sepenuhnya. Cara lain yang boleh anda lakukan adalah dengan melipat baju-baju anda seperti biasa, masukkannya ke dalam beg plastik kedap udara, dan sambil anda mengeluarkan angin dari beg plastik tersebut, anda gulungkannya sekali. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menjimatkan lagi ruang simpanan anda.

cara paling berkesan untuk packing barang

Kalau anda ingin pack barang-barang lain, seperti makanan dan toiletries ke dalam beg plastik ini juga boleh. Sama seperti beg plastik lain, ia juga boleh jadi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bungkusan makanan anda rosak.

6. Susun atur barang-barang di dalam backpack.

Akhir sekali adalah untuk memasukkan segala barang-barang anda ke dalam backpack anda. Cara packing yang betul dan kemas bukan sahaja boleh menjimatkan ruang di dalam beg, malah juga membolehkan beban di dalam backpack diagihkan secara seragam bagi mengelakkan kita daripada berasa tidak selesa semasa menggalas backpack yang berat dan besar itu. Di bawah ini kami senaraikan beberapa cara untuk anda packing barang ke dalam backpack anda dengan betul:–

Items arrangement in a backpack

  • Bahagian paling bawah:
    • Barang-barang seperti tuala, baju tidur, toiletries dan lain-lain yang kurang penting atau yang hanya akan digunakan pada waktu malam, misalnya, disusun di bahagian paling bawah backpack.
  • Bahagian tengah:
    • Barang-barang yang berat seperti makanan dan laptop (jika bawa) di letakkan di tengah-tengah berdekatan dengan bahagian tulang belakang anda. Ini adalah untuk mewujudkan pusat graviti yang selesa sewaktu anda menggalas backpack.
    • Barang-barang yang lebih ringan dan lembut seperti baju dan seluar pula disusun jauh daripada bahagian tulang belakang anda, disekeliling barang-barang yang berat tadi.
  • Bahagian paling atas:
    • Barang-barang yang kerap digunakan seperti snek dan powerbank pula diletakkan di bahagian paling atas sekali supaya mudah untuk diakses.
  • Bahagian luar:
    • Barang-barang seperti kasut/selipar dan topi boleh digantungkan di straps yang terdapat di bahagian luar backpackanda.

Pastikan anda mengetatkan semua tali atau strap di luar bag untuk mengelakkan barangan anda daripada bergerak-gerak di dalam beg.

7. Jangan lupa daypack.

cara paling berkesan untuk packing barang

Adalah amat digalakkan untuk anda pack beberapa barang-barang yang penting ke dalam beg yang lebih kecil atau daypack supaya anda tidak bersusah-payah nanti untuk memunggah backpack anda jika memerlukan barang-barang tersebut. Lagi pula, senang untuk di bawa ke mana-mana ketika anda berjalan-jalan nanti. Antara barang-barang yang boleh dimasukkan ke dalam daypack termasuklah tisu, losyen, lip balm, ubat-ubatan penting, telekung travel, beg duit, kamera, dokumen-dokumen penting seperti boarding pass dan pasport, serta barang-barang yang diperlukan di dalam flight seperti penutup mata, ear plug dan inflatable pillow. Terdapat pelbagai jenis daypack yang ada di pasaran. Bawalah yang mana-mana pun asalkan anda selesa semasa mengembara nanti.

Dengan mengambil kira betul-betul berat barang-barang anda dan seberapa kerap anda akan akses barang-barang tersebut, anda akan berjaya pack barang-barang ke dalam backpack anda dengan berkesan dan akan membuatkan semua pengembaraan anda lebih selesa dan menyenangkan.

Sumber : TMPLbackapckers

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}