Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

traveloka

Insaf & Sebak, Banda Aceh Antara Lokasi Percutian Mesti Pergi!

Jejak tinggalan tsunami yang telah meragut 200,000 nyawa.
Editor
30 Aug 2019, 10:59 AM

insaf & sebak, banda aceh antara lokasi percutian mesti pergi!

Kredit: Shutterstock

Pergi bercuti memang seronok, dapat lapangkan minda yang berserabut dan pada masa sama memberi ganjaran kepada diri sendiri atas usaha keras membanting tulang selama ini.

Tidak hairanlah destinasi yang banyak lokasi cantik, senibina menarik, tinggalan sejarah mengagumkan atau terkenal sebagai syurga membeli belah menjadi pilihan untuk dikunjungi berbanding lokasi yang pernah menjadi saksi bencana alam maha dahsyat yang mengorbankan ratusan ribu nyawa seperti Banda Aceh.

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Bandar Aceh dahulu ibarat padang jarak padang tekukur. Kredit: Shutterstock

Hakikatnya, Banda Aceh hari ini jauh berbeza berbanding 15 tahun lalu. Kawasan yang menjadi padang jarak padang tekukur telah dibangunkan, bangunan yang rosak telah dibaiki tetapi tragedi hitam itu tetap dikenang dan dijadikan kawasan tarikan pelancong.

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Bandar Aceh kini. Kredit: Shutterstock

Untuk anda yang ingin ke sana menyusuri tragedi tsunami, 6 lokasi ini mesti anda kunjungi:

#1 Muzium Tsunami Aceh

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Lorong gelap dengan aliran air di kiri dan kanan dinding serta ditemani alunan zikir. Ruang pameran menggambarkan gelombang tsunami, manakala binaannya menggambarkan kapal penyelamat.

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Di satu ruang penuh dengan nama mangsa yang terkorban dalam tragedi meruntun jiwa itu. Gambar-gambar kejadian semasa dan selepas kejadian tsunami pula dipamerkan di ruang pameran, ada yang ngeri dan tak kurang juga yang membuatkan anda menitiskan air mata.

#2 Cebisan Kubah Di Gampong Gurah

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Wisata Aceh

Tsunami yang berlaku sememangnya dahsyat, sehingga kubah masjid yang besar seberat 80 tan turut hanyut dibawa ombak tsunami sejauh 2.5km dari lokasi asal di Masjid Lam Teungoh.

#3 Masjid 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANDA ACEH (@infobandaaceh) on

Ada beberapa masjid yang terselamat dalam kejadian tsunami. Antaranya Masjid Rahmatullah yang terletak hanya 400 meter dari pantai. Antara masjid yang terselamat dalam kejadian tsunami, merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat di Lampu’uk. Kawasan sekitarnya musnah dibadai ombak tsunami setinggi 35 meter. Menariknya, walaupun dah dibaik putih tetapi ada bahagian masjid yang rosak akibat tsunami sengaja dibiarkan untuk memperingati kejadian ini. 

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Selain masjid Rahmatullah, anda boleh kunjungi masjid lain yang terselamat dalam kejadian tsunami seperti masjid Baiturrahman dan Baiturrahim.

#4 Kapal PLTD Apung

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Bayangkan kapal janakuasa elektrik yang berat dan bersaiz besar, sepatutnya berada di Lautan India, ditolak ombak tsunami sejauh 5 kilometer ke perkampungan terhampir.

#5 Kapal Atas Rumah

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Jika kapal janakuasa elektrik pun boleh dibawa arus, apa lagi kapal nelayan. Anda boleh ke Kampung Gampong Lampulo untuk melihat sendiri kapal nelayan bersaiz besar berlabuh di atas bumbung rumah.

#6 Tanah Perkuburan Massal

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Terdapat beberapa kawasan perkuburan massal di Aceh. Salah satunya di Gampong Siron yang menempatkan kira-kira 46,000 jenazah dan di Ulee Lheu, sepanjang jalan utama ke terminal feri menempatkan lebih 14,000 jenazah. Kawasan perkuburan ini tidak bertanda dan tiada batu nisan. Kesemua jenazah dikebumikan dalam liang lahad yang sama kerana bilangannya yang terlalu ramai.   

Sedih, kan bila teringat bencana alam yang melanda Banda Aceh dan di 13 negara lain yang terlibat termasuk Malaysia. Lebih sedih apabila melihat wajah-wajah mangsa yang kehilangan ahli keluarga sekelip mata.

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: Shutterstock

Anda yang merancang untuk melihat sendiri tinggalan tsunami di Banda Aceh bolehlah mula merancang perjalanan hari ini. Sempatlah intai-intai harga penerbangan terendah ke Banda Aceh menggunakan AirAsia pada harga serendah RM106.

Dah alang-alang sampai ke Banda Aceh tu, bolehlah singgah ke pantai-pantai cantik di sana dan cuci mata di Gua Sarang. Antara lokasi menarik tentunya Pulau Sabang yang dikenali sebagai Pulau Weh. Selain Pulau Weh yang terbesar, anda boleh berkunjung ke Pulau Rubiah (lokasi snorkeling) sambil bersantai di Pantai Anoi Itam, Pantai Iboih dan Sumur Tiga.


banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Gua Sarang. Kredit: Shutterstock

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Pulau Sabang. Kredit: Shutterstock

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Pantai Iboih. Kredit: Shutterstock

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Pulau Rubiah. Kredit: Shutterstock

Yang nak tempah bilik pun, bolehlah klik di sini dan di sini. Ada banyak hotel di Banda Aceh ni yang boleh anda pilih seperti ini:

Hermes Palace Hotel Banda Aceh

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: https://www.facebook.com/HermesPalaceHotel/

Ayani Hotel Banda Aceh

banda aceh, percutian penuh keinsafan & penuh air mata

Kredit: https://www.facebook.com/ayanihotelbandaaceh

Banda Aceh sememangnya lokasi percutian yang memberi dua pengalaman berbeza, membuatkan anda jatuh cinta saat pertama kali berada di sini. Di sebalik tinggalan tsunami yang menginsafkan terdapat lokasi memukau untuk riadah, menenangkan jiwa sambil memuji kebesaranNya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}