Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“Bila kita nak buat sesuatu yang kita suka tapi terbatas sebab kita tak nampak”- Azmi Caliph Buskers

Editor
15 Mar 2019, 05:35 PM

“bila kita nak buat sesuatu yang kita suka tapi terbatas sebab kita tak nampak”- azmi caliph buskers

Caliph Buskers pernah menggegarkan industri muzik tanah air apabila mereka tampil di atas pentas sebuah pertandingan nyanyian. Biarpun mereka terdiri daripada orang kelainan upaya dalam kategori buta, kemunculan mereka memberi impak yang besar sehingga sekarang.

Semenjak dari itu, rezeki mereka melimpah ruah. Jika dahulu mereka hanya berbusking di kaki lima kompleks membeli belah Sogo, namun kini mereka menerima banyak tawaran persembahan malah menjadi kumpulan undangan untuk rancangan hiburan terkenal tanah air, MeleTOP.

Baru-baru ini kami berkesempatan dengan vokalis terkenal Caliph Buskers yang dikenali sebagai Azmi. Sempat kami bertanya apa pandangan orang ramai apabila mereka memilih untuk berbusker.

“Orang yang tak faham akan anggap berbusking ni macam mintak sedekah. Sebab bila kita menyanyi orang akan bagi duit.” Kata Azmi.

Namun, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat Azmi mahu pun ahli kumpulannya yang lain. Mereka tetap terus berbusking dan menganggap hiburan buat orang ramai. Bukanlah mereka memaksa orang di situ untuk memberi wang. Malah, pelancong asing juga suka akan hiburan tersebut.Impak kemunculan mereka juga sangat besar dan membuka mata orang kerana kini wujudnya Persatuan Busker Malaysia.

Azmi juga bercerita ada ketika dia akan merasa down atau lemah akan kekurangan dirinya. Katanya, dia akan rasa rendah diri kerana perkara itu membuatnya terbatas untuk melakukan sesuatu yang dia suka.

“Tapi tak guna saya merungut macam tu. Saya yakin Allah swt dah beri yang terbaik buat hambaNya. Allah itu Maha Adil. Menyedari perkara itu saya akan bangkit semula dan buat sehabis baik.” Katanya.

Kami juga meminta pandangan dan nasihatnya kepada orang normal tentang bagaimana mahu melayani mereka yang kelainan upaya.

“Beri kami peluang dan beri kami kepercayaan.” Katanya dengan penuh semangat.

Azmi bercerita dia pernah pergi ke beberapa temuduga kerja namun gagal untuk mendapatkannya kerana mereka kurang yakin akan kebolehannya. Walhal, mereka juga mampu buat seperti orang normal.

Jadi, selepas ini berikan mereka yang kelainan upaya ini peluang terlebih dahulu. Berdasarkan cerita Azmi, isterinya sangat beruntung kerana dapat bekerja dalam sector penjawat awam. Kebolehannya menghafal nombor telefon seseorang lebih hebat daripada mereka yang normal.

Kami juga bertanya apa cita-cita Azmi,

“Saya nak buat semua benda yang berkaitan dengan muzik” Jawabnya dengan penuh yakin.

Biarpun keupayannya terbatas namun cia-citanya tinggi. Sebolehnya dia mahu terlibat secara belakang tabir pula. Biarpun susah namun itu hanyalah satu cabaran buatnya.

Diharapkan Azmi terus mengejar sehingga berjaya menggapai cita-citanya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Azmi dan Caliph Buskers.

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa saksian video penuh interview kami bersama Azmi di semua platform media sosial ZAYAN.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}