Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

INSPIRASI: Bipolar Mengajar Yasin Sulaiman Erti Kehidupan, Kemanusiaan Dan KeTuhanan

Editor
11 Oct 2018, 05:51 PM

inspirasi: bipolar mengajar yasin sulaiman erti kehidupan, kemanusiaan dan ketuhanan

Pertama kali bersua muka dengan Yasin Sulaiman, anda akan cepat selesa dengannya. Walaupun beliau begitu mahsyur sebagai seorang komposer dan penulis lirik yang hebat, namun wajahnya yang sentiasa tersenyum pasti akan membuatkan anda senang bersamanya.

Namun disebalik senyumannya itu tersembunyi satu kisah yang jarang diperkatakan oleh media. Mungkin Yasin memilih untuk tidak membuka cerita ini kepada sesiapa. Tatkala ditanya apa dugaan yang paling hebat yang pernah Yasin lalui, ini jawapan beliau;

“Ok lah, hari ini saya bersifat terbuka sedikit. Antara ujian yang paling hebat saya alami apabila saya di diagnose dengan Bipolar Disorder. Itu antara ujian buat saya yang paling berat sepanjang hidup saya sebagai manusia.”

Menurut National Institute of Mental Health, Bipolar Disorder adalah satu penyakit manic-depressive. Kebanyakkan daripada kita mengenal penyakit ini dengan perkataan sawan atau secara tradisionalnya dikenali sebagai penyakit isim. Maka, penyakit ini lebih berkait dengan perubahan perasaan dengan cepat.

Saat diberitahu bahawa beliau mempunyai penyakit tersebut, jiwanya sebagai seorang manusia sangat luluh. Sebagai seorang manusia biasa yang banyak khilaf juga, pelbagai persoalan timbul dalam benak fikirannya. Kenapa dia? Apa yang harus dia lakukan? Bagaimana dia nak hadapi semua ini?

 Tetapi, sebagai seorang yang beriman kepada rukun iman yang enam, perlahan-lahan dia menerima ketentuan ini. Yasin bercerita bagaimana beliau berhadapan dengan 3 episod diserang penyakit ini.

“Pada episode pertama saya diserang penyakit ini dengan sangat teruk sekali. Saya ditahan di hospital selama 2 minggu iaitu tempoh maksimum. Kali kedua saya diserang penyakit ini selepas 4 tahun dan ditahan di hospital selama 4 hari. Dan kali ketiga, saya diserang penyakit ini namun saya pulih dengan sendiri.”

Melihat perubahan ini, Yasin membuktikan bahawa beliau seorang yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian yang diberi. Walaupun perkara ini terlalu besar buatnya, namun beliau percaya kepada qada’ dan qadar Allah.

Yasin turut mengatakan bahawa penyakit ini masih baru dan masyarakat kita masih kurang pendedahan akan penyakit ini. Tatkala ditanya bagaimana penerimaan isteri dan keluarganya, dengan tenang beliau menjawab;

“Awalnya semua orang (keluarga) terkejut. Saya sendiri pun tak pernah dengar tentang masalah ini dan kami semua sangat-sangat terkejut. Awalnya, agak kurang senang. Tapi apabila memahami perkara yang sebenar akhirnya kami semua kena terima.”

Yasin sentiasa melihat perkara ini sebagai ujian dalam hidupnya. Beliau percaya setiap manusia mempunyai nasib hidup yang berbeza. Dan beliau pasti setiap orang itu menghadapi masalah yang tersendiri. Maka, beliau merasakan ujian dan dugaan ini mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih manusia dan kenal akan Tuhannya.

Kami bertanya kepada Yasin, apa tanda-tanda awal seseorang itu mengalami masalah Bipolar Disorder sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor, ini jawapannya;

“Kalau anda mendapati diri anda manic seperti tidak boleh duduk diam, berfikiran sangat laju mahupun bercakap laju seperti mengubah topik ke topik dalam masa yang singkat, jadi elok lah anda mendaptkan rawatan doktor dengan segera.”

Tatkala diaju soalan apakah  beliau ada menghasilkan karya sewaktu di-diagnose dengan penyakit ini, Yasin mengakui ada. Tetapi, disebabkan sering dan sudah terlatih menghasilkan lagu maka tiada isi lagu yang menyimpang maksudnya.

Tidak mudah untuk seseorang yang berada dalam industry hiburan untuk kekal bersih. Semua orang tahu, industry hiburan lebih banyak perkara yang jelik daripada perkara yang baik. Jadi, pengorban Yasin yang terbesar sebagai seorang manusia dalam industry ini ialah menghasilkan lagu-lagu yang baik dan mempunyai mesej-mesej yang baik. Seboleh-bolehnya, beliau akan menerapkan unsur-unsur yang positif dalam setiap karya yang dihasilkan olehnya. Setiap masa dia berjuang dengan diri sendiri dan keadaan sekeliling untuk menjadi manusia yang baik.

Seharusnya imej ini harus dicontohi oleh para selebriti dan kita semua. Biarpun dunia menuntut kita untuk buat perkara yang menyimpang, tetapi sebagai seorang manusia, kita tetap memilih untuk menjadi yang baik dan terbaik.

Sebelum mengakhiri interview ini, sempat kami bertanya apa yang membuatkan Yasin terus keep moving forward. Dengan penuh rendah hati, beliau menjawab;

“Rasa keimanan saya. Keimanan yang saya ini lah membuatkan saya terus ke depan. Kalau kita nak fikirkan kesusahan, kepayahan dan ketidak selesaan hidup, saya fikir seseorang yang rasa tidak ada iman mesti akan give up dengan kehidupan mereka.”

Yasin meletakkan iman paling tinggi dalam hidupnya. Baginya, hanya dengan iman beliau menerima apa pun yang terjadi dan  segala yang berlaku ini kerana ketentuan Allah swt bersandarkan kepada rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.

Kerana iman yang dipegangnya juga lah, Yasin tetap berdiri dan terus berjalan di atas bumi ini walau apa pun yang terjadi. Keimanan ini juga lah membuatkan beliau terus menghasilkan karya-karya terbaik.

Semoga Yasin Sulaiman terus menghasilkan lagu-lagu sehebat Mimpi Laila, secantik Salsabila dan sesedap Alhamdulillah. Selamat maju jaya, Yasin Sulaiman.

Nantikan video temu bual di Facebook Zayan!

Oleh: Azwar, Faiz & Sofian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}