Kredit: Zayan
Buat pertama kalinya, ZAYAN dan sebuah jenama fesyen yang terkenal, Max Fashion telah bergabung bagi mencari ikon Hijabstar dalam sesi pencarian ujibakat Zayan Hijabstar yang berlangsung sepanjang bulan September ini.
Dalam sesi pencarian ini, peserta diminta untuk memuat naik gambar serta video profil mereka memperkenalkan diri dengan gaya paling menarik dan stail di laman Instagram mereka, beserta hashtag #ZayanHijabstar dan #MaxFashionAsia.
Berikut merupakan finalis Top 5 ikon ZAYAN Hijabstar yang berentap dalam sesi finale pada 28 September yang lalu di IOI City Mall, Putrajaya:
Gambar: Emilia. Kredit: Zayan
Gambar: Syafiqa. Kredit: Zayan
Gambar: Lini Baira. Kredit: Zayan
Gambar: Riena Amirah. Kredit: Zayan
Gambar: Wanie. Kredit: Zayan
Dan pemenangnya adalah…
Riena Amirah Mohammad Zamri!
Tahniah kerana berjaya membawa pulang hadiah RM5,000 dan membawa pula gelaran juara Zayan Hijabstar!
Kredit: Zayan
Model dan usahawan berusia 24 tahun yang berasal dari Jeli Kelantan ini berjaya mengatasi empat finalis lain. Kesemua finalis ini dinilai oleh Mawi (personaliti Zayan), Norsuziana Zulkifli (pengarang majalah Hijabista), Nabila Razali (penyanyi) dan Farah Dinana (penata gaya fesyen)
Kredit: Zayan
Tahniah sekali lagi buat Riena Amirah dan kesemua finalis Zayan Hijabstar! Lepas ni boleh lah shopping sakan di Max Fashion!
Nak beli baju yang stail dan berpatutan? Kunjungi Max Fashion!
Dengan harga di bawah RM39, Max Fashion menawarkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak serta kasut dan aksesori pada harga yang berpatutan!
Jom kunjungi Max Fashion yang terdekat dengan anda di sembilan lokasi berikut:
- IOI City Mall
- Avenue K
- 1 Utama
- Melawati Mall
- Sunway Putra Mall
- The Curve
- Dataran Pahlawan Melaka
- Paradign Mall JB
- East Coast Mall Kuantan
Untuk info lanjut, layari laman Facebook atau Instagram Max Fashion.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.