Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Sentiasa Ingat Akan Lima Perkara Sebelum Datangnya Lima Perkara

Islam selalu memperingatkan kita bahawa kehidupan di dunia hanya sementara sahaja.
Editor
18 Sep 2020, 03:29 PM

Lirik lagu ‘Demi Masa’ merupakan nyanyian daripada kumpulan nasyid Raihan yang cukup jelas memberikan peringatan kepada kita sesama Muslim supaya memanfaatkan hidup kita di dunia ini. Lagu ini mempunyai mesej yang bagus dan sentiasa memperingatkan kita agar tidak terleka dengan dunia dan berpegang kepada lima perkara sebelum datangnya lagi lima perkara.

1. Sihat sebelum sakit

sentiasa ingat akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara

Waktu diberikan kesihatan yang baik inilah perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk mengerjakan amal ibadah kepada Allah SWT. Kerana ketika ini, kudrat yang kita miliki masih kuat. Jika datangnya sakit, kekuatan kita sudah berkurang dan tidak berdaya untuk beribadah dengan sempurna. Namun, ramai di antara kita kini ketika sihatnya bekerja seolah-olah tiada hari esok, hingga lalai atau terus meninggalkan ibadah yang diwajibkan.

2. Muda sebelum tua

sentiasa ingat akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara

Ketika di usia yang masih muda, ingatlah untuk sentiasa menjaga perilaku dan menjaga maruah diri. Lakukan perintah yang Allah SWT suruh, elak daripada perkara yang Allah larang. Jangan ikutkan kata hati jika tidak binasa diri. Lakukan kebaikan dengan sentiasa berbuat baik sesama insan dan bukan meninggi diri menunjukkan kehebatan.

3. Kaya Sebelum Miskin

sentiasa ingat akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara

Manfaatkan lebihan rezeki yang kita ada untuk bersedekah. Tidak rugi kita berkongsi rezeki dengan orang lain yang kurang berkemampuan. Jangan berkira untuk menjadi tangan yang memberi kerana tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Allah SWT sangat memuliakan orang-orang yang suka bersedekah.

4. Lapang sebelum sempit

sentiasa ingat akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara

Gunakanlah masa lapang yang terluang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah dan mengingati Allah SWT. Berdepan dengan kecanggihan dunia teknologi menjadikan kita sentiasa sibuk dengan perkara-perkara remeh dan tidak penting. Jika tersilap langkah boleh menyebabkan kita membuang masa setiap hari. Salah satu cara terbaik adalah menggunakan masa lapang dengan beriadah bersama keluarga. Malah hubungan kekeluargaan juga menjadi semakin erat.

5. Hidup sebelum mati

sentiasa ingat akan lima perkara sebelum datangnya lima perkara

Kehidupan kita ini terlalu singkat kerana dunia ini hanya sementara dan tiada yang hakiki. Sebaiknya, manfaatkan kehidupan dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT dan sedaya upaya untuk memperbaiki diri kearah kebaikan. Mati tidak pernah mengenal usia. Tua dan muda jika sudah sampai masanya maka tinggallah dunia ini.

Sumber: Today.Salamweb

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}