Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Elakkan Zalimi Diri, Belajar Sayangi Dan Hargai Diri Sendiri!

Zalim boleh terbahagi kepada tiga.
Editor
08 Mar 2021, 01:11 PM

Zalim terbahagi kepada tiga bahagian; zalim kepada Allah, zalim kepada sekeliling dan zalim kepada diri sendiri.

Berbuat zalim digambarkan sebagai sebuah sifat yang negatif dan buruk yang boleh menyebabkan kesengsaraan orang lain.

elakkan zalimi diri, belajar sayangi dan hargai diri sendiri!

Apabila manusia itu zalim kepada Allah, itu ertinya dia telah melanggar hak-hak yang perlu ditunaikan terhadap Allah. Manakala, apabila dia zalim kepada orang sekeliling, ia bermaksud seseorang itu juga telah melanggar hak-hak ke atas manusia lain dengan menyakitinya.

Bagaimana pula dengan mezalimi diri sendiri? Orang yang melakukan dosa, melanggar hukum syarak dan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan dan azab Allah ialah orang yang zalim kepada diri sendiri. Namun, tidak semua dari mereka yang berbuat zalim kepada diri sendiri sedar akan perkara tersebut.

elakkan zalimi diri, belajar sayangi dan hargai diri sendiri!

Kezaliman merupakan satu bentuk dosa besar dan ia perlu dielakkan kerana bukan sahaja boleh memberi kesan kepada diri sendiri bahkan juga orang sekeliling.

Belajar untuk sayangi diri sendiri dan jaga hati daripada perkara-perkara yang mungkar. Bak kata orang putih, "learn to love yourself first before you learn to love others." Ia merupakan perkara utama untuk mengelakkan diri daripada berbuat zalim kepada diri sendiri.

Apabila dalaman dan perasaan diri dijaga serta mampu dikawal dengan baik, maka ia seterusnya boleh memberi kesan kepada luaran juga.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr ibnu ‘Ash RA berkata, Abu Bakar RA pernah berkata kepada Nabi SAW:

يا رسول الله علمني دعاء أدعو به في صلاتي قال: قل اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي من عندك مغفرة إنك أنت الغفور الرحيم

Maksud: “Wahai Rasulullah, ajarilah aku sebuah doa yang boleh aku panjatkan dalam solat aku.” Baginda menjawab: “Bacalah doa ini – Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (HR Bukhari, no. 6839)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}