Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

5 Perkara Yang Termasuk Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak panik sementara semua pihak sedang berusaha membendung penularan COVID-19.
Editor
17 Mar 2020, 01:03 PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas pada malam Isnin berkenaan tindakan kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

5 perkara yang termasuk dalam perintah kawalan pergerakan

Terdapat lima perkara yang meliputi Perintah Kawalan Pergerakan ini, iaitu:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Sekatan dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara.

Bagi yang baharu pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua insititusi pendidikan

Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Selain itu, penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semua dinasihatkan untuk tidak panik sementara semua pihak sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19.

5 perkara yang termasuk dalam perintah kawalan pergerakan

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}