
Lee Zii Jia optimis skuad negara mampu cipta keputusan positif pada suku akhir Piala Thomas berdepan China, hari ini.
Ketika ini, pemain perseorangan lelaki itu berada pada tahap terbaik selepas berjaya catat kemenangan bersih dalam peringkat kumpulan sekali gus sedia meneruskan aksi cemerlang.
Malaysia berpeluang balas dendam kepada juara 11 kali itu selepas tewas pada aksi separuh akhir edisi 2024 di China.
Ikuti saingan Piala Thomas secara langsung bermula 4 petang ini di Astro Badminton, saluran 815 dan aplikasi Sooka!
Sementara itu, skuad wanita negara tersingkir pada suku akhir Piala Uber selepas tewas 0-3 kepada pasukan China.
__
Beralih ke bola sepak,
MFL sasar isu tunggakan gaji melibatkan kelab Liga Malaysia dapat dinoktahkan dalam tempoh dua musim akan datang menerusi pelaksanaan Peraturan Kewangan Adil (FFP).
Presidennya berkata FFP yang dilaksanakan sepenuhnya buat pertama kali musim ini menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan komitmen berterusan.
Terdahulu, pelaksanaan sistem FFP yang hadkan perbelanjaan gaji kelab kepada maksimum 80 peratus daripada bajet tahunan menyaksikan jumlah kes kelewatan bayaran gaji menurun.
__
Dan, bintang Manchester United, Kobbie Mainoo, sah tandatangani kontrak baharu bersama The Red Devils.
Ia sekali gus menyaksikannya kekal di Old Trafford sehingga 2031.