
SUKAN| Selangor Sedia Buru Kemenangan Ke Atas Nam Dinh
Kim Pan Gon optimis barisan pemain Selangor sedia untuk buru kemenangan apabila berdepan Nam Dinh pada separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN, malam ini.
Pengendali Red Giants itu berkata kemenangan di laman sendiri amat penting dalam usaha bawa bekalan selesa pada aksi timbal balik di tempat lawan di Vietnam nanti.
Tambahnya, seluruh pasukan telah melakukan persiapan rapi, khususnya dari aspek mental dan psikologi.