Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKMA 2026 dengan kutipan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa menjadikannya 245 pingat.
Ini menyaksikan Selangor sebagai negeri terbanyak menjuarai temasya sukan itu sejak mula penganjuran pada tahun 1986 membabitkan 22 edisi.
Dalam pada itu, penembak Pahang Cheah Zen Hong dan perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SUKMA Selangor 2026.
Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, piala iringan dan piala pusingan.
Semalam SUKMA Selangor 2026 secara rasmi melabuhkan tirai dan tumpuan seterusnya terarah kepada Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA 2028.
.....
Beralih ke bola sepak, Sabah raih 3 mata penuh di laman sendiri selepas belasah Star City 3-1 pada aksi Liga Super malam tadi.
Terikat 1-1 pada separuh masa pertama, Sabah bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan di Likas.
.....
Akhir sekali, Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selepas menewaskan Fulham 3-2 pada aksi awal pagi tadi.
Joao Pedro, Morgan Rogers dan Cole Palmer masing-masing menjaringkan 1 gol untuk memastikan skuad The Blues raih 3 mata penuh.