Skip to main content

Advertisement

SUKAN| PKBM Hargai KBS Dan MSN Terus Beri Sokongan Kepada Datuk Azizulhasni

 

SUKAN| PKBM Hargai KBS Dan MSN Terus Beri Sokongan Kepada Datuk Azizulhasni 

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM hargai keputusan Kementerian Belia dan Sukan serta MSN untuk terus beri sokongan kepada Datuk Azizulhasni Awang. 

Jelasnya keputusan itu berikan kejelasan yang amat diperlukan buat jaguh berbasikal trek negara itu  fokus sepenuhnya untuk buru tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028. 

Menurut PKBM, perjalanan kempen kelayakan ke Olimpik itu akan bermula dengan Kejohanan Trek Dunia UCI di Shanghai, China, Oktober ini. 

Terdahulu, MSN sahkan sokongan terhadap Datuk Azizulhasni yang akan mengumpul mata kelayakan Olimpik LA28 bersama atlet-atlet di bawah program Road to Gold dan Podium MSN.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda