
SUKAN| Penganjuran Acara Sukan Turut Terjejas Ekoran Jerebu
Penganjuran acara sukan antara yang turut terjejas ekoran jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini.
Pakar Perubatan Sukan ISN, Dr Ahmad Munawwar berkongsi antara langkah-langkah yang mungkin boleh dilakukan terhadap penganjuran acara sukan jika kualiti udara masih buruk.
Ia termasuk memindahkan venue perlawanan ke kawasan yang kualiti udaranya lebih baik.
Jelas beliau kepada Nadi Meledak, kesihatan dan keselamatan atlet serta jurulatih perlu jadi keutamaan dalam mendepani jerebu yang melanda negara.