Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Misi skuad negara tamatkan kemarau Piala Thomas sejak 1992!

Skuad beregu lelaki badminton negara berada pada tahap terbaik menjelang saingan Piala Thomas yang membuka tirai esok.

 

Bekas wartawan Astro Arena, Ahmed Shahrazad Sani berkata ia dapat dilihat menerusi prestasi mereka pada beberapa kejohanan sebelum ini.

 

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai BangMed terpaksa akur dengan prestasi perseorangan lelaki negara.

 

Skuad lelaki kebangsaan bakal diterajui Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh.

 

Acara beregu lelaki pula diwakili gandingan nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin. 

__

 

Sementara itu, kurang keyakinan menjadi faktor kelemahan Leong Jun Hao yang turun sebagai perseorangan lelaki utama bagi saingan Piala Thomas yang akan bermula esok.

Bagaimanapun, BangMed tetap optimis Jun Hao mampu pamer aksi terbaik.

Dalam pada itu, BangMed memuji sasaran tinggi BAM yang meletakkan harapan untuk untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas sejak 1992.

Justeru, tegasnya Malaysia wajib muncul juara kumpulan bagi mendapatkan laluan mudah.

 

Skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda