Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Manchester United fokus perkukuhkan kedudukan liga!

Manchester United fokus perkukuhkan kedudukan apabila melayan kunjungan Leeds pada aksi EPL, awal pagi esok. 

 

Pengendali The Red Devils berkata anak buahnya memanfaatkan tempoh rehat panjang dengan perbaiki aspek permainan bagi merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. 

 

Untuk rekod, skuad kendalian Michael Carrick kini menghuni tangga ketiga liga, berbaki tujuh perlawanan. 

 

Saksikan United lawan Leeds secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka! 

__

 

Kuching City kini alihkan fokus kepada saingan Piala Malaysia! 

 

Biarpun catat kemenangan bergaya 4-1 ke atas PDRM pada aksi Liga Super malam tadi, pengendalinya menegaskan beberapa aspek perlu diperbaiki. 

 

Mengulas lanjut, Aidil Sharin Sahak berkata anak buahnya berdepan tekanan namun sedia hadapi cabaran Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini. 

__

 

Dan, jurulatih pemain profesional negara menetapkan misi untuk lonjakkan semula ranking Lee Zii Jia sejurus tamat saingan Piala Thomas 2026 yang akan bermula 24 April ini. 

 

Menurutnya, perancangan sudah dirangka bagi memastikan Zii Jia sekurang-kurangnya kembali ke kelompok 30 terbaik dunia. 

 

Katanya, ia kerana kedudukan semasa Zii Jia yang jatuh ke tangga ke-83 dunia menyukarkan pemain itu untuk sertai kejohanan bertaraf tinggi. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda