Michael Carrick gembira Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Roma 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Bagaimanapun pengendali berusia 45 tahun itu mahu anak buahnya tidak leka dan terus mencipta momentum kemenangan.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad The Red Devils akhirnya menamatkan kemarau 9 perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan.
Aksi lain berkesudahan,
PSG belasah Villarreal 6-0,
Barcelona menang 3-0 ke atas Aston Villa.
Dan Inter mengalahkan Feyenoord juga 3-0.
.....
Rekod cemerlang JDT dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit tercalar selepas alami kekalahan pertama dalam saingan itu apabila tewas 0-2 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk FC.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT turun ke tangga keenam liga dan kekal dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.
.....
Kerajaan salur lebih RM4 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlet dan jurulatih yang meraih pingat pada 3 temasya utama tahun ini.
Kementerian Belia dan Sukan berkata tiga temasya berkenaan ialah Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya.
.....
Dan beregu lelaki negara, Chia Weijie - Teo Ee Yi mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas mengejutkan pilihan ke-4 dari China dengan straight set.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!