Manchester City berjaya mengekalkan kemenangan 100 peratus Liga Perdana Inggeris.
Ini selepas skuad The Citizens menewskan Coventry 1-0 sekali gus merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga musim ini.
Erling Haaland muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak pertama untuk memastikan pasukannya raih 3 mata penuh di laman sendiri.
Aksi lain berkesudahan,
Newcastle seri 2-2 dengan Bournemouth,
Crystal palace menang 3-2 ke atas tuan rumah, Fulham,
Dan Tottenham terikat tanpa jaringan dengan Nottingham Forest.
......
Sementara itu, Manchester United buru kemenangan apabila berdepan tuan rumah, Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.
Tonton secara langsung aksi EPL berkenaan bermula 9.00 malam ini, di Astro saluran 811 dan aplikasi Sooka.
…..
Beralih ke bola sepak tempatan, Terengganu raih 1 mata di laman sendiri selepas terikat tanpa jaringan dengan Penang pada aksi Liga Super malam tadi.
Aksi lain menyaksikan, Kuching City menewaskan tuan rumah, Sabah 2-0 sekali gus raih kemenangan ketiga berturut-turut.
Manakala Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Star City.
……
Akhir sekali, beregu campuran negara Hoo Pang Ron - Lai Pei Jing akan beraksi pada final Kejohanan Badminton Masters China hari ini.
Ikuti secara langsung Masters China bermula 1.00 tengah hari, di Astro saluran 815 dan aplikasi Sooka.