
SUKAN| Malaysia Raih Emas Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki Sukan Asia!
Malaysia raih pingat emas ke-4 pada Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 menerusi acara sepak takraw regu berpasukan lelaki!
Ini selepas skuad lelaki negara tewaskan musuh tradisi dan juara bertahan, Thailand 2-0 pada aksi final.
Kemenangan itu sekaligus tamatkan penantian 36 tahun Malaysia untuk rangkul pingat emas sepak takraw regu berpasukan pada Sukan Asia.
Ini bermakna hanya tinggal lagi 2 pingat emas yang perlu diraih kontinjen negara untuk capai sasaran 6 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.