
SUKAN| Malaysia Pertaruh Skuad Terbaik Pada Piala ASEAN Anjuran Badan Bolasepak Dunia
Tan Cheng Hoe sahkan pertahanan warisan negara, Dion Cools tidak berdepan masalah untuk sertai skuad kebangsaan menjelang Piala ASEAN anjuran badan bolasepak dunia, bulan depan.
Pengendali interim itu juga optimis proses mendapatkan penyerang naturalisasi terbaru negara, Bergson da Silva juga berada pada perkembangan positif.
Malaysia dijadual memulakan kempen Kumpulan A menentang Bangladesh di Jakarta pada 25 September sebelum berdepan tuan rumah, Indonesia di venue sama pada 28 September.
Skuad Harimau Malaya kemudian menutup saingan peringkat kumpulan dengan menentang Singapura di Bandung pada 1 Oktober.