
Kuching City berjaya rampas tangga kedua Liga Super!
Ini selepas skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu benam PDRM 4-1 di laman sendiri malam tadi.
Ronald Ngah Wanja membuka jaringan seawal minit kedua sebelum Ramadhan Saifullah jaringkan dua gol menerusi sepakan percuma.
Jerome Etame melengkapkan permainan dengan jaringan keempat, sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya.
__
Kementerian Belia dan Sukan akan bawa pandangan rakyat berhubung harapan agar kejohanan Piala Dunia 2026 dapat disiarkan untuk tontonan peminat bola sepak di negara ini.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kementerian ambil maklum desakan serta pandangan masyarakat yang mahu siaran kejohanan berprestij itu dapat diakses di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, urusan hak penyiaran bukan di bawah bidang kuasa KBS, sebaliknya melibatkan syarikat penyiaran, kementerian berkaitan serta FIFA.
___
Dan, Manchester City benam Chelsea 3-0 pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Anak buah Pep Guardiola pamer aksi bertenaga apabila Nico O'Reilly dan Marc Guehi jaringkan gol dalam tempoh berselang enam minit.
Jeremy Doku kemudian melengkapkan kemenangan bergaya itu bagi memastikan City raih tiga mata penuh di tempat lawan.
Keputusan tersebut menyaksikan City yang kini menghuni tangga kedua liga, hanya ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Arsenal.
Aksi lain EPL berkesudahan, Nottingham Forest seri 1-1 dengan Aston Villa.
Sementara itu, Crystal Palace tundukkan Newcastle 2-1, manakala Tottenham tewas 0-1 di tangan Sunderland.