Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Kontinjen Malaysia Bersedia Hadapi Sukan Komanwel Glasgow 2026

 

SUKAN| Kontinjen Malaysia Bersedia Hadapi Sukan Komanwel Glasgow 2026

Ketua kontinjen Malaysia berpuas hati dengan persediaan atlet negara yang bakal menyahut cabaran pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang buka tirai hari ini.

Namun, Datuk Awalan Abdul Aziz berkata perkara paling penting adalah memastikan mereka mampu kekalkan prestasi dan tahap kesihatan hingga hari pertandingan.

Beliau dalam pada itu sahkan kontinjen Malaysia akan tampil dengan pakaian batik pada upacara pembukaan. 

Terdahulu, MSN meletakkan sasaran 5 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa buat kontinjen negara bagi pada Sukan Komanwel edisi kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan, RTM perluas liputan Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung hingga 2 Ogos depan menerusi RTMKlik dan Astro.

Melalui kerjasama strategik yang diperkukuhkan ini, ikuti perjuangan 59 atlet Malaysia termasuk 22 atlet Para di Glasgow di TV Okey dan Sukan+ 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda