
SUKAN| Jerebu Beri Kesan Kepada Penganjuran Acara Sukan Di Malaysia
Jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini dijangka turut beri kesan kepada penganjuran acara sukan di Malaysia.
Penulis Stadium Astro, Saufi Tahir menerusi Nadi Meledak berkata jika masalah jerebu ini berlanjutan, ia mungkin membawa kepada pembatalan acara-acara besar yang merupakan satu kerugian buat negara.
Terdahulu, MFL umum aksi Pusingan 16 Piala FA antara DPMM FC dan Terengganu, semalam ditunda berikutan situasi jerebu yang semakin serius di Brunei.