Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Jepun ancaman bahaya, sokongan padu ditagih skuad badminton negara!

Aaron Chia-Soh Wooi Yik diharap mampu menjadi sandaran negara pada saingan Piala Thomas yang akan membuka tirai hari ini! 

 

Bekas wartawan Astro Arena, Ahmed Shahrazad Sani berkata ini dapat dilihat menerusi prestasi mereka pada kejohanan besar sebelum ini. 

 

Selain Aaron Chia-Soh Wooi Yik, acara beregu lelaki turut diterajui Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.

__

 

Sementara itu, skuad perseorangan wanita negara dijangka mampu cipta sensasi pada saingan Piala Uber yang bermula hari ini.

 

Ahmed Shahrazad Sani berkata prestasi mereka dilihat lebih baik ketika ini selain enggan meletakkan tekanan kepada M Thinaah.

 

Skuad wanita negara bakal diterajui K Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei.

 

Acara beregu wanita pula akan diwakili beregu muda, Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah serta M Thinaah-Chong Jie Yu.

__

 

Dalam pada itu, Jepun dilihat menjadi ancaman besar buat skuad badminton negara pada siangan Piala Thomas dan Piala Uber. 

 

Tegasnya, skuad lelaki kebangsaan berdepan misi wajib menang ke atas Jepun seawal peringkat kumpulan.

 

Beliau yang lebih dikenali sebagai BangMed juga beri pendapat sama buat skuad wanita negara.

 

Untuk rekod, skuad wanita kebangsaan diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

Manakala, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.

__

 

Dan, sokongan padu rakyat Malaysia ditagih skuad badminton negara!

 

BangMed berkata ia mampu membakar semangat pasukan kebangsaan untuk terus pamer aksi cemerlang.

 

Malaysia akan memulakan cabaran pada pusingan pertama peringkat kumpulan esok.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda