Skip to main content

Advertisement

SUKAN| EPL: The Blues hilang arah, kalah lagi buat kali kelima

Chelsea dibelenggu prestasi hambar! 

 

Ini selepas The Blues tewas 0-3 kepada Brighton pada aksi EPL, awal pagi tadi. 

 

Keputusan itu menyaksikan skuad Liam Rosenior catat kekalahan dalam lima perlawanan berturut-turut. 

 

The Blues kini menghuni tangga ketujuh liga, sekali gus menyukarkan misi layak ke Liga Juara-Juara. 

__ 

 

Leicester City tersingkir ke divisyen tiga England selepas seri 2-2 dengan Hull pada aksi Liga Kejuaraan, awal pagi tadi. 

 

Keputusan itu menyaksikan bekas juara EPL dan Piala FA itu duduki tangga kedua tercorot dengan tujuh mata di luar zon selamat dan hanya berbaki dua perlawanan. 

__ 

 

Akhir sekali, segala persiapan atlet Selangor diteruskan sementara menunggu keputusan muktamad berhubung penganjuran SUKMA 2026, Ogos ini. 

 

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor berkata, Majlis Sukan Negeri turut diminta meneruskan usaha pembangunan atlet serta program latihan.  

 

Terdahulu, Menteri Selangor memaklumkan keputusan berhubung penangguhan sukan itu akan dimuktamadkan menerusi jawatankuasa tertinggi serta Kementerian Belia dan Sukan. 

 

Ia susulan titah Sultan Selangor yang saran SUKMA Selangor 2026 ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai dan pembinaan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda