Manchester City buru kemenangan apabila berdepan Everton pada aksi EPL, awal pagi esok.
Skuad kendalian Pep Guardiola berpeluang merapatkan jurang dengan pendahulu Arsenal kepada tiga mata jika berjaya tewaskan tuan rumah pada perlawanan itu nanti.
Untuk rekod, City kini menghuni tangga kedua liga dengan 70 mata – dengan kelebihan dua perlawanan.
Ikuti aksi Everton-City secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka!
__
Semua pemain badminton negara digesa perbaiki kekurangan masing-masing menjelang Sukan Asia 2026 di Jepun yang akan membuka tirai September depan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky berkata skuad negara perlu sedar dan tidak ulangi kesilapan sama ketika saingan Piala Thomas dan Piala Uber, baru-baru ini.
__
Dan, KBS sedia meningkatkan jumlah peruntukan Geran Padanan Sukan bagi penganjuran kejohanan Muay Thai antarabangsa supaya ia terus dianjurkan dengan cemerlang.
Menterinya berkata ia sebagai usaha untuk perkasakan sukan itu pada peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih banyak bakat baharu yang mampu harumkan nama negara di persada dunia.