Skip to main content

Advertisement

SUKAN| City gagal rapatkan jurang dengan Arsenal

Manchester City sekadar catat 3-3 dengan Everton pada aksi EPL, awal pagi tadi.

 

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola gagal meneruskan misi pada kali ini untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal. 

 

City kekal di tangga kedua liga dengan 71 mata, lima mata di belakang Arsenal – dengan kelebihan satu perlawanan. 

__

 

Dalam satu lagi aksi, Chelsea catat rekod terburuk dalam tempoh 33 tahun selepas tewas 1-3 di laman sendiri kepada Nottingham Forest pada aksi EPL, awal pagi tadi.

 

Kekalahan itu menyaksikan skuad The Blues kalah enam perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak 1993.

__

 

Dan, model hibrid dilihat sebagai langkah ideal buat Lee Zii Jia!

 

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata Zii Jia boleh kembali berlatih di ABM sambil mengekalkan programnya sendiri bersama jurulatihnya, Liew Daren.

 

Terdahulu, BAM memaklumkan pihaknya terbuka menerima kehadiran Lee Zii Jia yang berhasrat untuk kembali berlatih bersama skuad kebangsaan bagi tujuan perlawanan ujian.

 

Dalam perkembangan lain, juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersenarai sebagai calon utama kategori Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia 2025.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda