Cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas terhenti.
Ini susulan skuad lelaki negara tersingkir selepas tewas 0-3 kepada pasukan China pada aksi suku akhir.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengakhiri penantian panjang sejak kali terakhir menjulang trofi pada 1992.
__
Beralih ke bola sepak,
Kuching City bangkit tundukkan Terengganu 2-1 di laman sendiri pada aksi Liga Super, malam tadi.
Pasukan pelawat mendahului jaringan seawal minit ke-13 menerusi tandukan Shervoni Mabatshoev.
Tuan rumah terpaksa menunggu babak kedua permainan untuk menyamakan kedudukan selepas Ronald Ngah Wanja menyempurnakan sepakan penalti.
Jerome Etame muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan raih tiga mata penuh.
Kemenangan itu menyaksikan Kuching melonjak ke tangga kedua liga untuk dipisahkan dengan jurang satu mata ke atas pencabar terdekat, Selangor.
__
Dan, Leeds benam Burnley 3-1 pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Leeds kini sembilan mata meninggalkan zon penyingkiran dengan hanya empat perlawanan berbaki.