Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Arsenal tamatkan penantian 20 tahun mara ke final Liga Juara-Juara!

Arsenal tempah tiket ke final Liga Juara-Juara selepas 20 tahun!

 

Ini selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu tewaskan Atletico Madrid 1-0 pada aksi timbal balik separuh akhir, awal pagi tadi.

 

Bukayo Saka muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan pada hujung separuh masa pertama.

 

Keputusan itu mengesahkan The Gunners mara dengan agregat 2-1 dan akan bertemu juara bertahan PSG atau Bayern Munich, hujung bulan ini.

__

 

Lee Zii Jia melonjak 15 anak tangga untuk duduki ranking ke-67 dunia berdasarkan kemaskini terbaharu BWF.

 

Lonjakan itu didorong prestasi memberangsangkan dipamernya apabila menang semua tiga perlawanan pada peringkat Kumpulan B, Piala Thomas minggu lalu.

 

Zii Jia dijadual beraksi pada saingan Terbuka Thailand minggu depan, sebelum diletakkan sebagai pemain simpanan kelima bagi saingan Masters Malaysia pada minggu seterusnya. 

 

Sementara itu, dua beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah kekal menghuni ranking nombor dua dunia.

__

 

Dan, pemain hoki dalam dewan kebangsaan Muhammad Izham Azhar dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Pahang 2023/2024.

 

Manakala, Olahragawati Pahang pula diberikan kepada atlet pelayaran Nur Shazrin Mohd Latif.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda