Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Arif Aiman dijangka perkuat JDT pada aksi ACLE!

JDT mendapat suntikan semangat menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit. 

 

Ini selepas bintangnya Arif Aiman dikhabarkan mungkin kembali selepas lama direhatkan akibat kecederaan. 

 

JDT akan berkunjung ke Al-Ahli bagi aksi suku akhir ACLE Jumaat ini.  

__ 

 

Herry Iman Pierngadi menepis dakwaan kononnya Muhammad Haikal Nazri akan meninggalkan BAM.  

 

Ketua jurulatih beregu lelaki negara itu berkata ia susulan kontroversi Haikal dikatakan ingin menarik diri atas alasan kecederaan.  

 

Pemain muda itu bagaimanapun nafi dakwaan tersebut dan menegaskan komitmennya kekal bersama skuad kebangsaan. 

__ 

 

Dan, Michael Carrick pertimbang untuk buat rayuan berikutan Lisandro Martinez dilayangkan kad merah ketika Manchester United tewas 1-2 kepada Leeds pada aksi EPL, awal pagi tadi. 

 

Pengendali The Red Devils itu turut menyifatkan keputusan itu sebagai mengejutkan susulan Martinez kini berdepan kemungkinan digantung tiga perlawanan. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda