
SUKAN| AFC Belum Buat Keputusan Mengenai Slot Tambahan ACL Elite
Tiada sebarang keputusan dibuat mengenai slot tambahan bagi setiap negara dalam saingan ACL Elite musim depan.
Sebaliknya menurut AFC, perkara itu akan dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Jawatankuasa Bola Sepak Profesional, Jumaat ini.
Terdahulu AFC bercadang untuk menambah jumlah pasukan bertanding daripada 24 kepada 32 pasukan sekali gus beri peluang kepada setiap negara memperoleh slot tambahan.
Dalam perkembangan berkaitan, JDT terus mengekalkan slot ke saingan ACL Elite musim depan susulan kejayaannya mara ke suku akhir kejohanan itu, baru-baru ini.
Skuad bimbingan Xisco Munoz menyumbang 21.500 mata untuk ranking ahli gabungan musim ini sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-11 Asia.