
SUKAN| Acara Para Sukma Selangor Batal Jika IPU Cecah 200
Semua acara Para Sukma Selangor akan dibatalkan jika bacaan IPU cecah 200.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor berkata, keputusan itu antara langkah pencegahan yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Teknikal Para Sukma.
Antara langkah yang turut digariskan ialah semua atlet dan pegawai diwajibkan pakai pelitup muka N95 sepanjang berada di luar bangunan atau kenderaan.
Ketika ini, Johan Setia, Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Banting di Selangor catat bacaan IPU tidak sihat.