Kerajaan meneruskan pelaksanaan Pas Bulanan Perjalanan Tanpa Had My50 di Lembah Klang bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia juga sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesan kenaikan kos bahan api susulan konflik di Asia Barat.
Dalam pada itu, beliau berkata ERL turut memperkenalkan inisiatif bersasar khusus kepada penjawat awam terutama yang bekerja di Putrajaya, serta KLIA.
__
Dalam perkembangan sama, KTMB menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi pembelian tiket ETS serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT).
Tawaran ini boleh dinikmati melalui pembelian tiket menerusi kod promosi yang akan diumumkan bermula esok hingga 30 April ini, bagi tempoh perjalanan 14 Oktober.
__
Dan, Menteri Pengangkutan turut umum rebat tiket penerbangan sebanyak RM50 bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia akan dilaksanakan bagi tempoh perjalanan antara 15 Mei hingga 14 Jun ini sempena sambutan Hari Gawai dan Kaamatan.
Tambahnya, syarikat penerbangan domestik dijangka melancarkan kempen jualan tiket dalam masa terdekat.