Start Date
End Date
Postcode
40170
Personal email
chewch@moh.gov.my
Company Email
chewch@moh.gov.my
Contact number
0333628846
Description
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjemput orang ramai untuk memeriahkan Karnival Sihat Santai IMR 125 sempena sambutan ulang tahun kami yang ke-125. Sertai kami untuk meluangkan masa bersama keluarga dalam program yang memfokuskan kepada kesejahteraan komuniti, pendidikan kesihatan, dan penemuan perubatan.
Butiran Acara:
Tarikh: Sabtu, 18 April 2026
Masa: 10:00 Pagi – 6:00 Petang
Lokasi: Elmina Lakeside Mall
Aktiviti & Program Menarik:
Pelbagai aktiviti bermanfaat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat telah disediakan, termasuk:
- Saringan Kesihatan & Awam Percuma: Pemeriksaan kesihatan profesional terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran.
- Kempen Derma Darah: Peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan menyelamatkan nyawa.
- Pameran Penyelidikan & Komuniti: Info menarik mengenai kemajuan perubatan dan inisiatif kesihatan awam.
- Pameran Wellness Hub: Terokai pelbagai sumber dan panduan untuk gaya hidup yang lebih sihat.
- Pelancaran Penyelidikan Birth Cohort: Saksikan pelancaran inisiatif penyelidikan perubatan baharu kami yang penting ini.
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak: Aktiviti kreatif yang menyeronokkan khas buat si cilik.
Bawa bersama keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga anda untuk kita sama-sama memupuk gaya hidup sihat. Jumpa anda di sana!
Target Audience
Kids
Infozone Category
State
webform_sid
14581
Days
Saturday
Website
https://nih.gov.my/
Venue
Elmina Lakeside Mall, Shah Alam
Ticket admission
Percuma