Skip to main content

Advertisement

Submitted by era@astro.my.com on
Start Date
End Date
Postcode
11700
Company Email
pba1014@moe.edu.my
Contact number
04-6570507
Display Contact Details
On
Description
Karnival Keusahawanan SK Minden Height merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang asas keusahawanan melalui aktiviti praktikal seperti pengurusan jual beli, promosi, kreativiti pemasaran dan kerja berpasukan. Selain itu, karnival ini juga berfungsi sebagai usaha mengumpul dana sekolah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan pembangunan sekolah. Penglibatan ibu bapa serta komuniti setempat dalam karnival ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang Karnival Keusahawanan SK Minden Height seperti gerai jualan makanan, minuman dan produk kreatif yang dikendalikan oleh murid, guru serta PIBG. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, persembahan murid dan busking. Di samping itu, aktiviti komuniti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan & swasta turut diadakan.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
State
Days
Saturday
Website
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skmindenheight/laman-utama
Venue
SK MINDEN HEIGHT
Ticket admission
Masuk Percuma

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda