Skip to main content

Advertisement

Submitted by era@astro.my.com on
Start Date
End Date
Postcode
50250
Company Email
info@jkkn.gov.my
Contact number
0195596404
Display Contact Details
On
Description
Objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan pelbagai etnik, dan budaya masyarakat peribumi dari pelbagai suku kaum dan memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni budaya. Festival ini akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya kepelbagaian seni dan budaya masyarakat peribumi iaitu dari Pahang (Bah Bola dan Jahut), Selangor (Mah Meri), Johor (Seletar), Kelantan (Bateq), Perak (Semai), Sabah dan Sarawak serta artis jemputan Amir Sisi, Norshiwan Ngah Ajip dan Mawar Bekaw. Pengunjung juga akan dimeriahkan dengan pameran Perkampungan Orang Asli, Ikhtiar dan Kemahiran Hidup oleh ATM, jualan dari pelbagai etnik yang dijangka dapat menarik lagi minat pengunjung untuk melihat sendiri hasil tangan masyarakat orang asal. Antara produk jualan yang akan dipamer dan dijual adalah hasil kraftangan seperti bakul dan tikar mengkuang, hasil ukiran tangan, akar kayu dan herba - herba serta peralatan tradisional seperti sumpit, keris dan parang. Program ini juga akan mempamerkan produk tradisional Melayu seperti tanjak dan keris. Terdapat pelbagai pertandingan bakal diadakan sepanjang dua hari festival berlangsung seperti Battle of The Band, Ratu Cantik Cilik Orang Asli, Pertandingan Sewang Sekolah Murid Orang Asli, Pertandingan Masakan Tradisional, Pasar Saloma, Cabatan Tok Batin, Persembahan Ayuh Sewang, Permainan Rakyat, Gerak Gempur Pendekar, Persembahan Hero Ular, Abang Sado, Demonstari Cegah Kebakaran & Pameran Bas Bergerak Bomba & Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
Days
Sunday
Friday
Saturday
Website
https://portal.jkkn.gov.my/ms/utama
Venue
Dataran Temerloh, Pahang
Ticket admission
Percuma

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda