Skip to main content

Advertisement

Submitted by era@astro.my.com on
Start Date
End Date
Postcode
57100
Company Email
http://www.universalmccann.com/
Contact number
03-7966 6118
Display Contact Details
On
Description
Oleh kerana Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan yang berlarutan disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19, rakyat yang bekerja disektor PKS dan menjalankan perniagaan tempatan adalah yang paling terkesan. Dengan lebih dari 1 juta PKS di negara ini, ramai yang telah menggunakan wang simpanan sendiri untuk terus bertahan, dan Perintah Kawalan Pergerakan yang terbaru ini mungkin menjadi titik tolak untuk mereka terus menjalani kelangsungan hidup. Tahun lalu 100 ribu syarikat telah menghentikan operasi, dan dijangka sekurang-kurangnya 50 ribu lagi akan menyusul, menutup perniagaan mereka. Untuk Hari Impak UM (UM Impact Day) yang berlangsung pada 22 Julai tahun ini, kami berdiri bersatu padu dengan semua perniagaan tempatan - mereka yang kehilangan pekerjaan dan bekerja secara bebas, seperti perkhidmatan makanan, hiburan, kesihatan dan perkhidmatan harian lain. Kami telah mengumpulkan pasukan UM bagi membantu 50 perniagaan ini mempromosikan produk & perkhidmatan mereka. Melalui Lelongan Langsung Secara Maya dan promosi melalui media sosial pada bulan Julai, kami ingin mengajak rakan dan keluarga untuk turut serta bersama pasukan dalam membantu mempromosikan perniagaan mereka. Dan seperti tahun sebelumnya, inilah cara kami mengadakan lelongan secara maya untuk menyokong NGO. Sebagai seorang individu, inilah cara yang anda dapat lakukan untuk membantu: Ikuti kami di laman Friends of UM Like & Share perniagaan mereka di laman sosial Sertai kami untuk lelongan dan beli! Pra-lelongan pertama berlangsung pada hari Selasa, 13 Julai 2021 jam 5:30 petang. Lakukan satu, sebahagian atau semua, sedikit sebanyak akan membantu! Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada #UMImpactDay dan membantu kami mencipta #BetterWorld.
Target Audience
general_audience
Infozone Category
Days
Thursday
Website
http://www.universalmccann.com/
Venue
https://www.facebook.com/UMMalaysia
Ticket admission
percuma

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda