Skip to main content
Tiada Kes Atau Rampasan Gula-Gula Strawberry Quick

 

Tiada Kes Atau Rampasan Gula-gula Strawberry Quick

Tiada sebarang kes atau rampasan gula-gula strawberry quick yang didakwa mengandungi dadah seperti yang viral di media sosial ketika ini.

Menurut polis, maklumat yang pernah viral awal tahun lepas telah disebarkan kembali dipercayai bertujuan menakutkan remaja dan ibu bapa supaya lebih berhati-hati.

Bagaimanapun, penyebaran maklumat tidak sahih itu boleh menggusarkan masyarakat.

Terdahulu, amaran mengenai dakwaan wujud dadah baru dikenali sebagai strawberry quick dalam bentuk gula-gula dan diedarkan kepada pelajar di sekolah, viral di media sosial.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda