
Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MTEN bagi menetapkan hala tuju yang jelas dalam mengurus krisis tenaga global yang kian meruncing dan dijangka berpanjangan.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan beri penekanan kepada pendekatan utama bagi menjamin bekalan tenaga serta barangan asas agar kehidupan harian rakyat tidak terjejas.
Pada masa sama, pengurusan permintaan dipertingkat melalui kecekapan penggunaan tenaga, termasuk pelaksanaan Bekerja Dari Rumah, BDR bagi penjawat awam yang bermula hari ini!
__
Sementara itu, kerajaan bersetuju menaikkan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu daripada 300 kepada 400 ringgit sebulan bagi bulan ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan disalurkan pada 21 April ini.
BUDI Agri-Komoditi dijangka beri manfaat kepada lebih 200,000 petani dan pekebun kecil.
BUDI Diesel Individu pula akan beri manfaat kepada sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung.
__
Dan, Malaysia gesa Amerika Syarikat pertimbang semula tindakan sekat Selat Hormuz yang berpotensi menjejaskan bekalan tenaga serta kestabilan ekonomi global.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekatan itu boleh halang pergerakan kapal dagang dan kargo, sekali gus beri impak besar kepada bekalan tenaga dunia.