Skip to main content
Laksanakan Solat Sunat Istisqa’

 

Laksanakan Solat Sunat Istisqa’

Umat Islam diseru agar melaksanakan solat sunat istisqa' 

Menteri Hal Ehwal Agama berkata ia bagi memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Sementara itu, kerajaan Kedah akan menganjurkan solat sunat istisqa' di seluruh daerah, esok sebagai usaha memohon hujan susulan cuaca panas melanda negeri itu. 

Ketika ini, 3 daerah di Kedah iaitu Baling, Pokok Sena dan Pendang alami gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius. 

Manakala cuaca panas di 16 kawasan termasuk di Kedah, Perak, Perlis Pulau Pinang dan Pahang berada pada tahap berjaga-jaga.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda